TAHNIAH diucapkan buat pelakon, Ainul Aishah yang mengumumkan dirinya kini hamil anak pertama selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.
Sekian lama menanti, akhirnya berita gembira itu dikongsikan Ainul menerusi Instagramnya.
“Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi. Segala puji bagi Allah. Kami gembira untuk berkongsi berita tentang kegembiraan kami.
“Terima kasih Allah kerana memberikan rasa degupan jantung ajaib ini bersama-sama dengan saya.
“Saya sentiasa mahu jadi seorang ibu sejak lama dulu tapi saya tak tahu sama ada saya ada rezeki untuk hamil.
“Saya gembira sangat bila tahu saya hamil. Saya percaya perancangan Allah untuk saya dan suami,” katanya berkongsi.
Malah menerusi entri itu juga kata Ainul, dia dan suami cukup teruja malah seakan tidak sabar untuk bertemu buah hati mereka yang dinantikan sekian lama.
“Kami sangat teruja untuk menjadi ibu dan ayah dan kami tak sabar untuk bertemu anak sulung kami,” katanya lagi.
Menerusi hantaran itu juga Ainul turut video kejutan buat keluarga terdekat dan rakan-rakan.
Bakal ibu ini juga turut memohon doa semua agar kehamilannya lancar dan dipermudahkan.
“Semoga bayi kami nanti dilahirkan dalam keadaan sihat dan selamat. Mohon doakan perjalanan kehamilan saya lancar hingga bersalin nanti,” katanya lagi.
Ainul mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Khalid Redzuan pada September 2022. -Keluarga
Keluarga
Sun Feb 11 2024
Ainul Aishah yang mengumumkan dirinya kini hamil anak pertama selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga. -Keluarga
TPM, menteri Kabinet zahir ucapan tahniah sempena ulang tahun keputeraan rasmi Agong
Menteri Kabinet menerusi media sosial masing-masing merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.
Pantau Belanjawan: China lanjutkan tempoh pengecualian visa, apa manfaat ekonomi?
Setiausaha Agung, Gabungan Persatuan-Persatuan Pelancongan Malaysia (MTF), Dr Sri Ganesh Michiel kupas lanjut berkenaan isu dan bagaimana ia memberi impak kepada sektor pelancongan negara.
AWANI Ringkas: Keciciran calon SPM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kod QR di BSI dilaksana dua minggu lagi
Pemeriksaan imigresen menggunakan kod QR bagi aplikasi MyRentas di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dekat sini, dijangka mula beroperasi dalam tempoh dua minggu akan datang.
Lai Pei Jing jadi mangsa sindiket penipuan, wang simpanan lesap
Pemain berusia 31 tahun itu berkongsi insiden malang yang menimpa dirinya di media sosial.
Kereta terbabas di bulatan, pemandu Nissan GT-R maut
Seorang pemandu Nissan GT-R maut manakala penumpangnya cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas di bulatan Kampung Sungai Melayu, pada Ahad.
SUV rempuh parkir gereja: 'Tiada unsur sabotaj, henti spekulasi' - Polis
Insiden sebuah SUV yang hilang kawalan sebelum terbabas dalam kawasan parkir Gereja St Ignatius, Petaling Jaya tidak melibatkan unsur sabotaj atau khianat.
Intervensi bukan kaedah baharu, mampu kurangkan keciciran calon SPM - Wong
Langkah itu lebih bersifat pemujukan dan memberi kesedaran kepada setiap calon berkaitan kepentingan menduduki peperiksaan tersebut.
Pasang CCTV lindung tukang jahit warga asing
Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik, Kedah selepas selesai proses dokumentasi.
Ainul Aishah umum hamil anak pertama, teruja mahu timang bayi
Dia dan suami cukup teruja malah seakan tidak sabar untuk bertemu buah hati mereka yang dinantikan sekian lama.